Friday, December 10, 2010

Village

Hari ni kami satu family dengan Arliana keluar bersama menghirup udara segar di Tangkak (segar ke? haha) Sebenarnya kami ke sana untuk mencari kain untuk dibuatkan baju sekolah aku. Sampai je dekat sana, aku ingat nak beli satu jenis kain ni , tapi tak jadi sebab dah jumpa yang lain (rambang mata betul) hahaha. Nasib baik mak belikan jugak, ikutkan je perangai aku ni.  Tanpa dirancang , kami bercadang balik ke kampung. (Tapi Arliana macam mana?)  Akhirnya dia kena ikut sekali haha. Sampai je dekat kampung, ada penyambut tetamu tapi pelat cakapnya kihkihkih

yang depan ni kakaknya

zoom in si adik comel lotehh



Agak lama juga kami singgah di kampung kira sempat makan tengahari dengan minum petang sekali. Menu minum petang kitaorang ubi dengan keledek rebus. Masa dalam perjalanan balik ke rumah, tiba-tiba bunyi meletup dekat bahagian depan kereta, pakcik berhenti dekat tepi jalan yang berdekatan dan cek apa yang meletup tadi tu. Dah lah tempat tu sunyi gila nak mati , haha maklumlah kawasan ladang kelapa sawit , nasib baik ada pondok kecik kat situ. Tayar kereta pulak pancit dekat tempat macam tu seram sejuk k ~  Kitaorang semua dah cuak dah, nasib baik kawasan tu belum jauh sangat dari pintu masuk ke kampung aku. Kitaorang call Pak Usu. Dia datang dengan kawan dia tolong gantikan tayar baru. Lepastu ada sikit masalah lagi masa cubaan menggantikan tayar baru tu hmm. Asalkan kitaorang sampai rumah dengan selamat. Hampir satu jam juga kami menunggu untuk tayar digantikan, mahu taknya tempat dah lah gelap. Akhirnya kami bertolak balik dengan berhati hati Alhamdulillah selamat sampai :D

crossword