Friday, September 13, 2013

Ahbuji : Zulkefli bin Ahmad :'(

Doa yang afdhal untuk ibubapa




Ertinya  :  Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Maksud dari surah Ibrahim:
41  -  "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" 


Berbakti Kepada Ibu Bapa Yang Telah Meninggal


ANAK masih boleh berbakti kepada ibu dan bapa walaupun mereka sudah meninggal dunia. antaranya , menjelaskan hutang, membayar dan menqadakan puasa serta membayar fidyah mereka yang sudah meninggal dunia.
Cara lain ialah :
Mendoakan ibu bapa
Doa anak yang soleh adalah khazanah ibu bapa yang amat berharga.
Abu Hurairah meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud :
“Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara – sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya.”
Menghubungkan tali silaturahim.
Menghubungkan tali silaturahim termasuk antara tuntutan syariat yang harus mendapat perhatian utama umat Islam.
Mengeratkan hubungan silaturahim dan berbuat baik dengan kaum kerabat dan sahabat ibu bapa adalah sebahagian amal untuk kedua-duanya yang sudah meninggal dunia.
Abdullah bin Umar meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya sebaik-baik kebajikan adalah seseorang itu menghubungkan silaturahim dengan orang yang dikasihi bapanya.” (Riwayat Muslim)
Menziarahi kubur
Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar ganjarannya di sisi Allah. Adalah lebih baik jika diziarahi pada setiap Jumaat dan dibacakan surah Yassin untuknya.
Kelebihan mengenang ibu bapa dengan berdoa dan menziarahi kuburnya membawa kebajikan yang bukan saja kepada anak yang soleh, malah anak yang derhaka.
Menyelesaikan harta pusaka mengikut faraid.
Pembahagian harta pusaka hendaklah dibuat selepas dijelaskan segala hutang si mati sama ada hutang dengan Allah mahupun sesama manusia, wasiat dan segala perbelanjaan pengurusan jenazah.
Firman Allah : “Adapun sekiranya kamu mempunyai anak, maka isteri-isteri kamu hanya mendapat satu perlapan (1/8) daripada peninggalanmu – iaitu sesudah dikeluarkan untuk wasiat dan hutang kamu.” (Surah an-Nisa’, ayat 12)
Firman-Nya bermaksud : “Allah telah memerintahkan pembahagian harta pusaka terhadap anak-anak kamu iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan.” (Surah an-Nisa, ayat 11)
Memohon keampunan bagi dosanya
Perkara yang paling mudah ialah berdoa serta mohon keampunan bagi dosa ibu bapanya sama ada yang masih hidup, lebih-lebih lagi yang sudah meninggal dunia. Ia seperti doa yang dianjurkan dalam al-Quran:
Maksud : “Wahai tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan kepada semua orang mukmin pada hari terjadinya hisab.” (Surah Ibrahim, ayat 41)
Firman Allah bermaksud: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka) – ” Wahai tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Isra’, ayat 24)
Membuatkan haji untuknya.
Anak digalakkan untuk membuatkan haji bagi ibu bapanya yang sudah meninggal dunia tetapi belum sempat menunaikan haji. Ia boleh dilakukan dengan membuat sendiri (bagi yang sudah menunaikan haji untuk diri sendiri) atau mengupah orang lain.


Doa Saat Ziarah Kubur
Tentang doa ziarah kubur antara yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah ra bahawa ia bertanya kepada Nabi SAW:
`Bagaimana pendapatmu kalau saya memohonkan ampun untuk ahli kubur? Rasul SAW menjawab, `Ucapkan: (salam sejahtera semoga dilimpahkan kepada ahli kubur baik mu’min mahupun muslim dan semoga Allah memberikan rahmat kepada generasi terdahulu dan generasi yang akan datang dan sesungguhnya -insya'Allah- kami pasti menyusul) (HR Muslim).

13 SEPTEMBER 2001
13 SEPTEMBER 2002
13 SEPTEMBER 2003
13 SEPTEMBER 2004
13 SEPTEMBER 2005
13 SEPTEMBER 2006
13 SEPTEMBER 2007
13 SEPTEMBER 2008
13 SEPTEMBER 2009
13 SEPTEMBER 2010
13 SEPTEMBER 2011
13 SEPTEMBER 2012
13 SEPTEMBER 2013

Only you know how much I love him , it's 'apeuda'  ><
" O Allah, forgive him, raise him rank amongst those who are rightly guided, and You be the Caretaker of his descendants after him.  Forgive him and us O Sustainer of the universe, make his grave spacious for him and grant him light in it //aminnnnnn  "   :'(

No comments:

Post a Comment

crossword