Wednesday, November 13, 2013

Taufan Haiyan







TAUFAN HAIYAN 

" Membawa angin kencang yang berlaku di tengah Filipina, di wilayah Leyte, Tacloban dan Pulau Samar sejak kelmarin. Pengkaji cuaca menjangkakan taufan itu melintasi Laut China Selatan. Taufan Haiyan ini merupakan paling kuat dalam sejarah. Taufan Haiyan membawa angin dan hujan berterusan berkelajuan antara 235 kilometer sejam (km/j) dan 275 km/j dengan ombak setinggi 15 meter. Ia menyebabkan banyak mangsa maut dan kerosakan seperti jambatan runtuh, bangunan ranap dan jalan terbelah termasuk kemusnahan teruk di Lapangan Terbang Tacloban. Datuk bandar Tacloban melaporkan, keadaan di bandar itu semakin tenat apabila tiada bekalan bersih, elektrik terputus dan keperluan makanan terhad. Sementara itu, Timbalan Ketua Pihak berkuasa Penerbangan Sivil John Andrews berkata, gambaran udara menunjukkan, tenggara Manila umpama padang jarak padang tekukur apabila taufan raksasa itu memusnahkan keseluruhan bandar. Kira-kira 580 kilometer di tenggara Manila pula banjir melanda dengan ribuan kenderaan terkandas "

(Dipetik dari artikel info terkini Sinar Harian)








No comments:

Post a Comment