Friday, February 24, 2017

90'an


Assalamualaikum semua
Hari ni sis nak update sikit pasal event yang sis ada join sepanjang semester empat sis berada di lendu ni. Event kolej sabby yang ala ala flashback zaman dulu-dulu "Riadah Generasi 90'an" sis join dengan housemates haritu. Sem lepas kitaorg main "Baling Selipar"


 pastu sem ni kitaorg main "Simbahlah kalau berani". Seronok actually join event ni mungkin sebab dah biasa main gini dulu dulu. Pastu sis rasa cam semua sporting sangat, selalu kan pompuan kalau basah sikit tak boleh, nanti mulalah "aduhhhh cemana ni" apa semua. Tapi petang tu semua tak kisah langsung main simbah simbah, padahal kitaorg bukan menang pun main benda alah ni. Siap nak kalah sbb tak nak basah lencun. Tapi last last basah jugak sebab nak buat video punya pasal ðŸ˜‚😂😂



Actually tak pernah tau pun nama game ni "simbahlah kalau berani" hahaha. Dulu dulu pakai tibai je, asal ada geng nak main, cukup kuota terus "okay set"

Cerita pasal zaman dulu-dulu, permainan yg selalu aku main first sekali mestilahhhhh mainan baby hahahaha. pastu dah besar sikit, main masak masak ah. Legend ni. Perempuan pulak kan, acah acah masak pakai mainan semua sayur cake semua plastik, dah besar sikit, nak kasi real amik daun yg warna merah tu tak ingat apa nama kononnya nak buat air sirap hahahaha pastu air tanah jadi air teh susu hah kau, apa lagi ada hmmm semua pakai daun ah yg pasti. Hidup dekat kampung masa kecik ni nice sgt weh, pukul 3 aku dah start operasi cari daun aku tuk buat masak jap lagi. Tapi a very nice thing yg aku sedar bahawa dari kecik aku dah amik tau nama pokok pokok dan daun yg ada kat sekeliling. Nak dapat daun daun tu bukan senang. Salah satu caranya aku buat baik, tu sbb aku nak mintak nenek sebelah daun dia sikit nak buat main masak-masak. Nasib dia tak marah hahaha. Pastu dah siap cari daun, nak balik rumah petik dulu daun bunga yg ada manis tu segengam segengam aku amik last last takde bunga dah :'(

Paper doll pulak mmg fav sgttttt, aku punya jaga tak nak benda tu koyak bukan main lagi hahaha. Kalau ada sape budak laki pijak patung aku mmg kena bebel weh hahaha. Paling tragik rasa kalau leher patung kau tercabut. Aku kumpul punya kumpul sampai berbelas jugak patung tu aku beli. First sbb nak baju cantik cantik. Second accessories dia. Paper doll jelah mampu, tak smpi hati nak mintak barbie. Mahal nak mati. 

Okay next, aku suka main doktor doktor. Kononnya dulu cita cita nak jadi doktor takpun nurse. Sekarang ke laut dah cita-cita aku tu. Game ni kalau nak main semua benda mesti kena ada. paling penting stethoscope. Kalau tak macam mana nak jadi doktor kan. Pastu ubat boleh guna gula-gula takpun amik je vitamin yg aku makan hari hari. Jarum pakai ubat pensel. Adoi sampai hari ni tak boleh lupa. Permainan ni melarat sampai darjah 3 kot, semua melayan je. Ramai betul patient aku hahahaha

Kadang-kadang main yg version tepuk tepuk nyanyi lagu, banyak ah pesen dia kan. Jambatan sudah roboh mmg wajib pastu telur pecah sebiji pom dan banyak lagi.

tadi semua ni game indoor yg mmg selalu sgt aku main. kalau outdoor first sekali mestilah semua benda yg ada kat taman permainan, fav aku buaian, takpun jongkang-jongket gelongsor ke. kalau gayut smpi hari ni tak reti gayut hahahah apahal agaknya macam rasa tak selamat. kalau tak pergi taman, cari kawan main ting ting *cemana nak eja takpun ajak main roundes apebenda tah nama, aku main sebut je ni.

pastu bosan sikit pergi dekat parit main berudu hahaha you know what bila aku sedar yg berudu tu nnti jadi katak terus mcm "APAAAAAA?" hahaha serious tak sangka. nak best lagi pergi tepi sungai, tengok orang memancing. Syok gila diaorang dapat udang galah. Uishhhh sedap ngattt. Ada satu atok tu dia bela monyet, kadang main dgn monyet dia haha.

Bila dah rasa diri tu besar sikit, belajar kayuh basikal pulak. Kau tau basikal tua atok aku, aku rembat yg tinggi gila tu nak belajar dengan umur 5 tahun uishhhh. dah lah pendek masa tu. Belajar dengan pak usu aku yg ajar nak tak nak hahaahaha mmg silap orang ah kan. Dia dah ajar pastu aku dah reti kayuh dia biar je aku sorang sorang bawak, dia kata pandai pandai lah nak turun. haahaha, mmg aku campak lah basikal tu pastu lompat hahahaha. macam jantan doe perangai aku dulu dulu hahahah. Dah pandai main basikal, mmg tak nmpk muka aku kat rumah dah, merayap 24/7 

Banyak lagi game yg aku main, tak larat nak sebut banyak sgt. Btw semua game ni membawa kepada hubungan silaturrahim yg erat dgn kawan kawan. Tanpa kawan masa kecik sumpah bosan. Tapi bila dah kenal teknologi , dah tak keluar rumah dah. sibuk hadap game dlm laptop pulak, dah tak kenal erti merayap kat luar sgt dah. Jumpa kawan pun kat sekolah je. Keluar petang tengok mood, game first. Matlamat nak jadi paling hebat dlm game tu :'|


No comments:

Post a Comment

crossword