Friday, November 30, 2012

Transgender

  Assalamualaikum korang  

Haaaaa nak cerita sikit pasal tajuk ini . pernah dengar tak pasal TRANSGENDER ini. huh ? tak pernah? takpe takpe meh aku cerita . aku pun tau pasal benda ni masa tengok DUNIA TERSEMBUNYI kat tv3 tu. best jugak tengok rancangan tu boleh menambah ilmu pengetahuan secara am nya. hahaha

ok. sumber dari WIKIPEDIA mengatakan transgender ni ialah istilah umum yang digunakan untuk pelbagai individu, tingkah laku, dan kumpulan yang melibatkan kecenderungan untuk menjadi berbeza daripada peranan jantina budaya konvensionalnya.

Transgender adalah keadaan identiti jantina seseorang ( sebagai wanita / lelaki ) yang ingin menukar jantina yang bertentangan dengan mereka . Mungkin lebih ringkas dengan mengatakan bahawa transgender ini ialah pondan ataupun mak nyah *lebih kurang gitu rasanya lah* seperti yang dikatakan oleh orang melayu .

Transgender  tidak boleh dibayangkan melalui apa-apa bentuk khusus orientasi seksual . Individu transgender boleh dikenal pasti sebagai heteroseksual, homoseksual, biseksual, pansexual, polysexual, atau berjantina . Golongan ini mempertimbangkan keadaan jantina dirinya , ada sesetengah daripada mereka lebih cenderung untuk bertukar kepada keadaan transgender dengan membuat pembedahan .  

Satu-satunya negara yang mengiktiraf jantina ini ialah TAMIL NADU .
Negara ini mengiktiraf 3 jantina iaitu yg pertama LELAKI , kedua PEREMPUAN dan ketiga ialah TRANSGENDER .

Seorang individu transgender mungkin mempunyai ciri-ciri yang biasanya dikaitkan dengan jantina tertentu, tetapi mereka lebih memilih untuk bertukar kepada jantina ketiga ini .

Sesetengah golongan ini mengatakan bahawa mereka sering dipinggirkan oleh masyarakat dan keluarga kerana dianggap menjatuhkan maruah keluarga mereka . *kalau aku keluarga mereka pun rasanya aku akan buat macam tu*

Lagi lagi , Islam tidak pernah mengajar umatnya melanggar perintah ALLAH  dan sentiasa terima diri kita seadanya kan . Bukannya motif aku nak pandang rendah dekat mereka ke apa. aku cuma bimbang isu seperti ini berleluasa . Ramai juga dekat luar sana yang aku lihat memilih menjadi pondan , apakah mereka tidak fikir bahawa kelakuan mereka sedemikian boleh menjatuhkan maruah seorang WANITA .

Mereka sering kali memakai pakaian yang seksi juga ,  seolah olah SEKSI itu mengambarkan peribadi seorang kaum WANITA . Walhal , wanita Islam tidak dibenarkan sama sekali berpakaian demikian . Kesimpulannya, pakaian yang seksi sama sekali tiada kaitan dengan seorang wanita :)



cukuplah sampai disini, aku sekadar berkongsi ilmu yang baru diperoleh. jika terdapat salah faham ataupun sifat kasar dalam post kali ini , aku minta maaf seikhlas hati .

No comments:

Post a Comment