Wednesday, June 4, 2014

Beautiful Semester Break ♡

Assalamualaikum
ehem lama tak update. well rn I'm busy as a part time worker-student. schedule semua mampat lagi padat bak Milo fuze (hambar). susah betul nak dapat kerja part time semua majikan demand nak permanent. Tapi Alhamdulillah ada satu panggilan masuk dan suruh interview jadi promoter. Engko jangan main main promoter yang tak perlukan sijil pun kena interview tau. Sesungguhnya komunikasi sangat penting dalam kehidupan hahahahaha

------------------------------------------------------------------------------------------------------------




so untuk cuti sem ni aku kerja sebagai promoter dekat shopping mall. Yang ni part time ketiga aku pernah buat dan semuanya tempat yang berlainan baru universal sikit cewahh. tujuan utama mestilah nak cari duit (gelak jahat) then kumpul pengalaman ,cari ramai kawan sebab aku ni pendiam sangat sangat sejak dulu. Lepas masuk u barulah ada timbul kesedaran sikit kalau kau diam sangat kau tak ada kawan weyh terus terang aku cakap. sebab dekat u tu ramai sangat yang menonjol dan ofkos budak budak semua nak kawan dengan yang hot (typical malaysian) lagi lagi dekat uitm lendu ada twitfemes, keekfemes, model , artis emm semua ada. konfem semua duk tumpang populariti mereka (ok lari tajuk)

sambung balik ...

Mulai 7 April hari hari aku dipenuhi dengan kerja part time 8 jam sehari dan cuti seminggu sekali

Cuti 1
(jogging dekat Stadium Tun Fatimah)
mungkin buang tebiat sebab aku bukan serajin tu nak pergi jogging XD



Reaction Dari Mak :

Mak : Adik buat apa pagi tadi?
Aku : Pergi jogging lepastu sarapan dekat kedai 
Mak : amboi rajin jogging dah tiap tiap hari berdiri masa kerja pun pergi jogging lagi 
Aku : hahaha (sambil memahami yang emak sangat pelik dengan aktiviti luar biasa aku, yelah dekat rumah tidur je kerja macam orang takde tulang) XD

Paling tak senonohnya bila aku cari nahas lepas jogging aku makan nasi lemak dengan horlicks ais sangat tak sihat hahahaha serupa tak payah buang lemak tadi, kalori yang ditambah lagi berlipat kali ganda.
well, typical Mazni
no one can help hahaha


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cuti 2

PERGI PEJABAT AMBIL SIJIL
JUMPA KAWAN-KAWAN LAMA
JUMPA CIKGU
LAWAT KAWASAN SEKOLAH (banyak dah berubah , sekolah dah renovate)
TENGOK ADIK-ADIK BELAJAR
TENGOK BUDAK FORM 6 ORIENTASI
LEPAK DEKAT KANTIN MACAM DULU DULU (rindu seyh)

FOREVER SMK ISKANDAR SHAH IN MY HEART

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cuti 3
(Gossip Sudu di Seoul Garden)


(Ibtisam Hayati - Nurul Fathiah - Nur Nadia Najihah - Nur Mazni)
UiTM Lendu Bilik TM2111 Kolej Tun Merah Part 2 Sesi 2013/2014

hui rindu dekat roomate kita. love all of you 
semoga dapat jumpa lagi. take care korang ;)
belajar rajin rajin semoga kita semua dapat keputusan yang cemerlang aminnnnnnnnnnn



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cuti 4
(Bandar Melakau)



------------------------------------------------------------------------------------------------------------


          4 Jun 2014 - The End of Day as one of Angsana's Promoter in Parkson, Melaka Mall 
Gonna miss my friends (yati ,fathiah, atin ,mira, amy, ira ,nadia, tasha, mimi, ezy, mardiah ,nina , dua-dua kak farhana, dayah, pei fen, pei wen, kak syaz, kak haz, kak ecah, auntie flawrence, uncle ganesan, kak jessie, auntie ling, makcik wacoal dll huish ramai sangat tak terkata) terlalu banyak untuk diingat , walaupun hanya seketika insya'Allah kekal dalam ingatan, ada hari jumpa lagi ^-^



“Memories warm you up from the inside. But they 

also tear

 you apart.” 

(Haruki MurakamiKafka on the Shore)








"We don't remember days ,we remember moments" 
(Cesare Pavese)





“Memories, even bittersweet ones, are better than nothing.”
(Jennifer L. ArmentroutOnyx)







“Nothing is ever really lost to us as long as we remember it.” 
(L.M. MontgomeryThe Story Girl)

------


DAN HARI TERAKHIR KERJA PART TIME AKU TERIMA SESI KAUNSELING ATAS SEBAB DATANG LAMBAT -___-

YA ALLAH DUGAAN BETUL , TAPI MEMANG BETUL BETUL PENGALAMAN PAHIT MANIS PIYAU SEMUA LENGKAP AKU DAPAT DARIPADA KERJA PART TIME KALI NI

**bisik (dekat sekolah pun aku tak pernah kena kaunseling sedih betul bila kerja part time pulak kena kaunseling , rasa looosssseeeeerrr habis kau)  


                                                                                                                

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5 Jun 2014 - Mula kemas barang untuk berpindah ke kampus tapah


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sabtu 7 Jun 2014 - Sesi pendaftaran pelajar Fakulti Perakaunan di Kampus Tapah

Welcome to Tapah Road
Pertama Kali menjejak kaki di negeri orang untuk berdiri di atas kaki sendiri
cuba beranikan diri maju ke hadapan mengorak langkah ke arah kecemerlangan dengan hasrat membawa pulang segulung diploma bertaraf anugerah naib canselor Insya'Allah semoga hari hari mendatang sentiasa diredhai diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Semoga semangat juang dalam diri tidak akan pernah luntur walaupun sedetik pun , orang lain mampu buat mengapa kita tidak? tepuk dada tanya selera. Insya'Allah semua akan berjalan lancar. 



No comments:

Post a Comment

crossword