Sunday, September 21, 2014

Final Exam


Ya Allah, kuatkan semangat dalam diriku. Lapangkan lah fikiran untuk menerima segala pelajaran yang aku telah pelajari selama ini. Kuatkan lah ingatanku. Hapuskan sifat malas dalam diriku dan sentiasa peringatkan aku kepadaMu. 

Dah semester tiga dah aku, dah nak final dah aku. Sekejap je masa berlalu, pantas sungguh.
25 September akan bermula sekali lagi dugaan terbesar dalam hidup. Mencari ilmu untuk kehidupan masa hadapan dengan niat belajar kerana Allah. Di samping tak lupa seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. 

Persiapan untuk peperiksaan
1. Semak jadual peperiksaan. (exam apa dulu bla bla bla dan yang paling penting exam last apa dan bila)
2. Buat latihan dan ulang kaji 
3. Merancang persiapan peperiksaan
4. Kuatkan dan tingkatkan usaha serta semangat belajar secara berterusan.
5. Jaga kesihatan diri

6. Buat seketika lupakan dulu perkara-perkara lain yang kita minat (Jangan lagha sangat mazni adoi)
7. Ambil makanan seimbang (Tapi makan jugak maggi haih)
8. Tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan
9. Bangun awal pada hari peperiksaan
10. Selepas peperiksaan jangan menyemak jawapan (Kawan tanya diam je buat buat bisu hahahaha)

11. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan. (Ini sangat penting sangat susah untuk dielak hmm)
12. Berdoa dan tawakal.

Semoga aku dapat ikut benda-benda diatas. SEMOGA!



Doakan kejayaan aku, awak yang membaca dan mereka yang lain. 
Semoga kejayaan milik kita semua Aminnnn




No comments:

Post a Comment

crossword