Thursday, October 22, 2015

2 1/2 Years of Diploma Finally End

Assalamualaikum

Akhirnya weh koranggg. Akhirnya. Setelah penat lelah menelan air peluh yang menitik-nitik hasil daripada pembelajaran selama 2 tahun setengah ni. hui bukan senang weh (sape kata senang tu dia sewel hahaha atau mungkin dia budak genius yang nerd emm) habis jugak sesi pembelajaran diploma bagi Diploma Sistem Maklumat Perakaunan (AC120) UiTM. Surely ramai tak tau apa yang akan kita belajar dalam kos ni. Kos ni ala ala technological advancement in accounting management cehh haha. Kita ada belajar lebih mendalam pasal IT tapi tak sedalam budak budak CS belajar lah. Kami belajar serba sedikit cara-cara menggunakan Visual Basic 6.0, Microsoft Access, MYOB ,Microsoft Excel, macam mana nak create website guna Microsoft FrontPage dan cara-cara nak manage data. Mungkin sebelum ni kita tak tau cemana nak guna semua benda-benda ni. Tapi lepas 2 tahun setengah ni ada lah sikit skill yang boleh apply untuk uruskan semua data-data perakaunan. Ada ramai jugak yang tak tau pasal kos ni. Even kitaorg pun bukannya letak sebagai pilihan pertama masa mohon upu tu. Macam aku, aku letak pilihan kelima kot, tiba tiba dapat terkedu kau kejap. 

monolog dalaman 2 tahun 7 bulan yang lepas:
"Kos apa yang aku dapat ni"

----------------------------muka pelik------------------------------------------


Tapi takpe sebab dapat UiTM aku terima je tawaran ni. lantak lah apa pun janji ada belajar akaun (cehh konon time tu suka le sangat belajar akaun) tup tup dah dekat part 4 5 jiwa kacau kau belajar akaun. pening sana sini takyah cakap. pehhh dia punya penangan tak tidur malam kau dibuatnya. lagi lagi aku ni kadang-kadang lampi tak memasal lagi lah weh. Tapi gembira weh bila dah habis. Siapa tak suka dah habis cuba cakap. Semua orang suka kan. Kononnya get full freedom. Padahal satgi nak sambung degree pulak. Kahkah. Hidup sebagai student ni rasa cam eeiiii kelakarnya aku time tu time ni. Eeeeiiii tak maturednya hahaha. Tunggu kau nanti dah kerja nanti tak sempat nak fikir pasal benda lain. Asyik kerja 24 jam. Semua entah kemana. Eee jangan lah aku jadi orang yang workaholic sangat macam ni nanti, lifelessnyaaaa rasa.

Selamat Tinggal UiTM Tapah, Perak







No comments:

Post a Comment

crossword