Friday, October 23, 2015

Perak

Assalamualaikum


sis bukan jatuh terjelepuk dari langit turun ke bumi Perak. Tidakkk ! Ini qada' dan qadar Allah. dah tertulis yang sis kena beredar dari Melaka dan belajar berdikari. bukan senang nak terima kenyataan kena belajar jauh sikit(sikit kot) daripada rumah. Tapi kerana terpaksa aku relakan, aku relakan jua hahaha. 1 1/2 tahun daripada 2 1/2 tahun kot kena tinggal kat perak(cerita macam tak pernah balik rumah) sape tak bercampur baur perasaan (nak suka ke nak sedih). 

UiTM Lendu, Melaka   --------->  UiTM Tapah, Perak

Mula-mula be like aduh ada ape je kat sini. Bosan lahhhh. Lepastu bila dah duduk rumah sewa pehhh sakan ke sana ke sini. Tapi remaja (remaja ke?) mana je yang tak suka explore dunia(dunia sangat). Bila ada duit pantang nak berjalan je. Sakan belanja kadang tak ingat kang nak makan guna apa? ke makan angin je? hmm kembung le perut engko. Tapi kalau dah diberi peluang sape yang tak nak explore sesuatu tempat. Semua orang nak. Nak pi sana lah sini lah situ lah. Ada lah sikit tempat dimana kitaorang sempat pergi dekat Perak ni:


1. Menara Condong, Teluk Intan



kami pergi dengan satu tujuan iaitu ambil exam MUET. Kahkahkah. Tak sangkanya ni je tempat paling dekat yang masih ada kekosongan bagi sesi March. mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Tapah. Dan waktu exam 8 pagi kau bayangkan. peh lepas subuh le gerak gamaknya. dah lah kena sampai 30 minit sebelum start exam hmm kitaorg tak boleh lewat lewat ni kami pelajar cemerlang (marilah berhuhu ramai-ramai) 



2. Kellie Castle, Batu Gajah


budak darjah berapa tu? alahai

yang pakai speck tu nampak kamera tak tu?

ayuh sengetkan kepala kawan-kawan


photoshoot majalah mangga 

muka kemain besar kat depan, tujuan utama nak nampak kan bangunan kat belakang tapi tak kesampaian



3. Plan B

Yeah Plan B adalah salah satu kafe hipsturrr yang sangat creative serta ianya ala ala satu bandar kecil di tengah bandar, di situ ada pelbagai jenis kedai kecil contohnya kedai ais kepal, kedai gunting rambut, boutique kecil, kedai kedai cenderahati dan ada juga satu kafe yang sangat sesuai untuk menenangkan minda anda. Setiap sisi sudut dalam Plan B ni sesuai untuk para remaja mendapatkan gambar gaya hipster mereka (cehh dah macam promoter Plan B gaya aku cakap)



asal macam kedalam tu mazni?

yeah lock your love here 



potret family bahagia

4. Old Town Ipoh

Ok dekat sini ada banyak street art. Kena pandai cari dan yang pasti kena jalan kaki sikit untuk cari. Tapi kitaorg puas pusing tak jumpa street art yang popular. Ada lah sikit je yang dekat dekat Plan B kitaorang jumpa.








hakak kawasan 


5. Sungai Kinta


Selalunya orang kat sini aktif waktu malam ibarat burung hantu hahaha takde ah sini kedai semua bukak jam 5/6 petang sampai lah ke tengah malam. kadang ada konsert dak dak gig hipsturrr kat sana. Dia ala ala i-City Shah Alam lah gituuu. lampu lampu dia tepi sungai. Kitaorg suka pergi sini sebab ada sewa basikal. Ada banyak jenis basikal,untuk sorang dua orang tiga orang dgn yang untuk ramai ramai pun ada.








Yang belakang tu jangan tak kayuh pulak 






hakak jalan dulu ye dik


6. Padang Polo

Orang datang sini selalunya pergi padang polo tu untuk relax release tension main roller blade. Kitaorang selalunya datang sini sebab nak pergi makan. best gilaaaa kat sini macam macam gerai ada ibarat syurga makanan, rasa cam nak makan semua dah lah sedap semuanyaaaaa. pilih je nak makan apa, makanan panas goreng, burger sumo kitchen, satay, otak-otak, nasi lemak hulk, mee rebus, cendol eeeiiiii macam macam lah. 



burger Sumo Kitchen sumpah sedap 


Nasi Lemak Hulk






7. Taman Rekreasi Gunung Lang

Tak jadi pergi pangkor pergi sini jelah mampu hmm. acah acah langkawi kedua. Kat sini kita boleh naik boat RM3 (dewasa) & RM1.50 (kanak-kanak) dari jetty ke taman rekreasi menyeberangi tasik. Sangat sesuai untuk menenangkan minda yang serabut hehe.










 gembira semua dapat pergi "langkawi"




 sis nak tunjuk tasik kat belakang, tapiiii muka sis lagi besar daripada tasik tu hmm



 Welcome to Taman Rekreasi Gunung Lang, let's go through our annoyed pic with beautiful background



 3 gadis sopan 

&

3 gadis suwekkk





we will always be together 






 nyunyuuunyuuuu









we don't need any photographer and it's already alright babe. too many fav pictures here. too much memories



8. Bandar Agacia, Kampar

Not really fully completed construction atau develope. masih dalam proses pembinaan bandar kecil Agacia yang ala ala Alice In Wonderland. Lain sangat daripada tempat biasa. Perasaan berada di sini seperti di luar negara dan di alam mimpi indah. Banyak lagi projek mereka dalam proses penubuhan. Some already too nice to be capture.


Bandar ini ditubuhkan di bawah syarikat Champs Elysees











 pandanglah ke awan



 Rumah ala ala kontemporari


 meet my housemate also roomate also classmate Nik Farisa Amirah mek kelate a.k.a meksa




meet my 5 sweety lady from left soleha, kak syikin, me, cuca, akmaaa, nisa


9. KTM Ipoh

Tengah malam kat sini ada macam macam aktiviti seperti roller blade, main air buih belon lepak lepak macam macam lagi aktiviti yang kita boleh luangkan bersama keluarga tersayang hmm







fyi gambar sis memang takde sebab sis asyik jatuh masa main roller blade tu ish buat segan jelah (tutup muka). sis memang tak pro bab bab macam ni sebab kaki tangan semua pasif susah nak catch up haih.



10. Wingzone, Kampar

trademark dia apa namaaaaa hah "For People Who Love Flavor" memang thumbs up ah. Sedapppp sangat sangattttt. Banyak sangat flavor kita boleh pilih. Paling suka flavor Liquid Gold sebab manis manis gituuuu.





Hai awak saya makan set boneless chicken flavor liquid gold upgrade cheesy wedges 




yeah sambut birthday cuca dengan tiah kat sini wehuuuu






 11. Lata Kinjang, Chenderiang

Salah satu lata yang terdekat dengan pekan Tapah. Ambil masa hanya 15-20 minit je dari pekan Tapah. Sangat refreshing dan recommended.







 jambatan gantung goyang goyang, orang lemah semangat jangan naik hahaha

 seronok mandi







Team mak kau hijau yang sangat sukaaa selfie





 Lastly of course Cameron Highlands with beloved family






hakak minum lu


 ayyyy sedap sangat kenapa 


Banyak lagi tempat menarik yang tak sempat dikunjungi. Hakak simpan tempat tu dalam waiting list je. Nanti bila-bila hakak pergi le dengan sape-sape yang teringin macam hakak jugak. Tak rugi datang Perak ni macam-macam ada.




Thank you for reading this entry !


























No comments:

Post a Comment

crossword