Friday, March 25, 2016

fav miscellaneous

Assalamualaikum

hai semua, lama sangat tak update blog rasanya. busy sangattt semenjak ada life baru ni hahahaha. rasanya lepas habis dip terus senyap blog ni. sepanjang masa cuti tu sibuk kerja pergi pagi balik petang, cuti sabtu ahad pun release kan penat isnin sampai jumaat. barang waktu dip semua tak sempat kemas. esok lusa nak masuk degree baru kelam kabut cari barang kemas beg semua. barang yang kat rumah tak sempat nak kemas. buku semua sumbat dlm kotak harta karun yang besar kaler purple tu. nasib baik muat buku dari sem 1 sampai 5. maklumlah banyak note dgn manual je. buku teks kalau lecturer tak ugut ke paksa beli ke mmg tak beli lah. harapkan manual je. barang yg kecik kecik comel loteh sis selalu je sumbat dalam kotak sis yang comel ni.





semalam sis kemas kemas balik, ada banyak sangat harta karun ╥﹏╥ hahahaha dari zaman silam sampai lah ke zaman modern semua ada. siap ada diari masa sekolah wuhuuuu hahaha. bila tengok tengok balik dekat satu kotak buku nota je sis kumpul. entah kenapa suka sgt beli buku nota 


tengok tu betapa banyak nya buku nota. sebenarnya ada lagi yg pesen kecik kecik tapi cukup lah ni je kasi can masuk dlm gambar hahaha. buku nota ni banyak banyak bukan apa. sis sebenarnya ada satu perangai suka kategorikan benda benda yang sis ada contoh macam diari, autograph, nota belajar, nota reminder, resipi makanan, buku kumpulan quote dan old saying yang sis suka, buku sketch acah acah budak Art & Design (sis suka lukis karton tapi tulah tak lawa pun :( disebabkan tak lawa sis kena give up dlm bidang ni), buku biodata pulak kira macam benda wajib yang budak perempuan ada zaman dulu untuk ingat details kawan kawan, sis rasa zaman dululah zaman yang kawan appreciate kawan dari hati ke hati oppssss zaman sekarang ni kadang ada yang tak ikhlas pun nak berkawan dgn kita hmm * tarbiah sentap kejap terkedu ke awak tu? hahahaha




buku autograph yang sis ada ni lejen sangat wehhh dari zaman sekolah rendah ni. ni kalau ikut nilai dah kira macam harta pusaka dah hahaha. dalam ni penuh autograph kawan kawan dengan cikgu yang sis selalu borak dengan dia. kira macam orang orang pentng je yang boleh sign dlm buku ni hahaha. buku autograph tak semestinya artis je boleh sign kan? ye ke idok haha. yelah tak kan sis nak suruh cikgu sis buat biodata kasi dekat sis. So salah satu cara nak ingat cikgu zaman dulu, suruh je dia sign dlm ni sambil sambil bagi ucapan dekat sis dengan alamat rumah sekali. hehe






sis ada jumpa jugak buku nota sekolah menengah. uissshhh rindu pulak tiba tiba. rindunyaaaa semuaaaa yang ada masa zaman sekolah. bila belek belek ehhh banyak jugak barang yang ada cop sekolah, buku nota pencil case ada lepastu ada highlight bunga bunga sis dapat cikgu kasi dekat semua librarian sekolah, sebab comel sgt sis simpan dalam kotak harta karun sis muehehe 



 sis belek belek le balik ada apa je yang sis tulis dalam nota nota ni semua, sekali buka satu buku ni ada jumpa poem yang kitaorang kena cipta sendiri. masa form 4 kena buat benda alah ni uisshhh bukan senang nak buat that why sis tulis dalam buku. sebab sis tau kalau disuruh buat poem english lagi memang makan masa yang lama sebab sis ni memang lembab bab bab sasterawan cemni hahaha :'|




lepastu kan rupanya sis simpan lagi buku nota harian sis masa form 5. tak tau kenapa sayang nak buang. padahal kalau orang lain mesti akan kata buat apa simpan lagi. let bygones be bygones. cliche sangat hahaha tapi sis ni memang suka sangat simpan benda yang orang rasa benda tu tak penting. tapi bagi sis this is my memories that I have. So I will keep it.


buku nota yang sis paling suka setakat ni ialah buku nota Kolej Tun Merah. banyak sangat memory dekat Tun Merah sampai sis rasa nak nangis kalau rindu sangat hahahaha takdelah acah je sebenarnya. buku ni kitaorang dapat masa dinner. sis suka sangat design logo Tun Merah tu. dulu akak level kitaorang yang reka logo tu. masa cabut undi untuk pilih rekaan baju Tun Merah tu logo akak ni tak dapat mengatasi rekaan baju lagi satu so logo yang ni YDP apply dekat note book je. kasi sorang satu sebagai tanda appreciate rekaan akak ni mungkin.







sticky note yang paling comel yang sis simpan sampai hari ni ialah yang kat bawah ni. too cute untuk dipakai. dengan kimpalan 3 muka penuh dgn 3 jenis sticky notes satu besar, satu separuh muka dan satu lagi bahagian ada 4 sticky note saiz kecil. comel sangattttt ♥‿♥






 kad ucapan masa Friendship Day dulu masa form 4 aten ada kasi Affiey's dan ia ada dekat aku dalam kotak harta karun tu sampai sekarang aku simpan. kad tu ada satu je, Affiey ada ramai last last aku yang pegang hahaha alahai aku memang suka kumpul benda alah benda alah cemni ਉ_ਉ








selongkar dalam dalam lagi ada satu jenis salotape donut yang aku simpan.


Ada jugak satu kotak pink jam tangan various corak tali ni. masa nampak benda alah ni kemain beria aku nak beli uishhh dia punya beria tu susah nak gambar. tapi lepas dah beli aku tak pakai pun sebab aku rasa aduh kenapa aku nampak gedik sangat bila pakai benda alah ni. tapi sumpah doh benda ni memang menarik perhatian betul masa tu haha. aku rasa ni semua sebab strategi packaging dia ni buat aku macam orang meroyan nak kan jam ni haha ini semua konspirasi ni hmm aku tau sangat permainan diaorang hahaha 〴⋋_⋌〵




pen yang acah acah cam minah kpop selalu pakai dalam drama yang korang selalu tengok tu bila belajar pakai pen comel comel. aku pun ada beli benda ni sebab aku punya obses dengan kaler pink dulu tak payah cakap semua benda kalau boleh nak kaler pink. sampai mak aku cakap feminine sangat kenapa hahahaha. dulu memang time time baru nak up kononnya kena ada sifat keayuan dan sifat cover cover ayu tu, memang konfem ada dalam diri semua perempuan. kau takyah nak cakap yang kau tu gangster masa zaman sekolah. aku jarang jumpa budak perempuan gangster zaman sekolah, kalau ada pun yang jenis jenis acah kain banjir  baju singkat tudung lipat tinggi kasut lukis lukis tapi dalam hati ada taman bak kata pepatah zaman dulu dulu hahaha 



Kitaorang masa zaman sekolah dulu setiap bulan akan belek satu jenis majalah barang barang cute dari china yang kawan kawan cina selalu beli guna pos. kalau nak beli, semua kirim dekat dia je nanti dia order kan. aku rasa aku lah orang yang tak pernah miss beli barang. ada je benda aku nak beli ╥__╥





kau tengok tu, yang kat atas ni cawan yang jenis boleh lipat. nak minum bukak dah siap lipat balik ke bawah senang dibawa ke mana mana hahaha. majoriti barang barang aku zaman sekolah semua warna pink, bukan apa, dia kalau time tengah obses memang cemtu. kalau boleh semua satu bilik nak kaler pink tapi kau ingat rajin ke mak aku nak layan, banyak lagi benda dia nak buat daripada layan aku sorang hahaha


ok ni kira cam dari mata kasar yang kaler kaler pink semua. ada banyak lagi tapi sis tak mampu nak angkat susun satu satu tak kuasa ai. banyak jugak barang yang pelik tapi benar tapi cute yang sis beli dari kawan sis tu contohnya macam yang kat bawah ni 


highlight acah injection 




pesen pesen pemadam corak buah-buahan 






pelilit tali/wayar ni ada dua je tinggal. yang lain entah ke mana hahaha



cuba teka ni apa?





hahhh pen weh korang jawapan dia. aku tak tau kenapa barang barang aku semua suspicious sgt. semua kena bukak dulu baru tau ada apa kat dalam hahahaha ╥___

pastu lagi satu yang pesen pesen kawaii things yang aku suka yang pesen corak berterabur macam atas pencil case ni. entah kenapa nampak cam comel je kan. corak dia is a bae sangat hahahaha


dalam dalam kotak harta karun sis tu ada lah terselit sampul duit raya dari majalah epop masa zaman sis jadi die hard fan kpop dulu. sekarang ni dah besar sikit dah takde habiskan masa 24 jam jadi fan kpop. sekarang multifandom semua genre layan melayu, cina, jepun, korea, thailand, hollywood, bollywood semua boleh hahahaha.


yang penanda buku kat bawah ni fatihah yang kasi, hah lama tau benda ni betapa dalam buku aku dari zaman darjah 6 lagi hahaha


kalau nak kata collection keychain takyah cakap. satu balang sis simpan khas untk keychain je. hah kau betapa banyak aku kumpul. ada orang kasi, ada beli sendiri. 


yang pesen pakai benda alah cam kabus ni popular kot dulu hah jangan memain. yang hitam putih tu bella yang kasi yang lagi satu yana kasi. kalau tak silap lah. ke salah. alaaaaa kalau salah maafkan saya, saya amnesia kekadang tak ingat sape yang bagi. tapi selalunya aku appreciate sgt barang barang orang bagi. kalau ikutkan benda ni kalau tak reput boleh jadi umur sis 50 tahun pun, sis simpan lagi benda ni hahahaha acah sangat aku ni :'|


yang ni semua keychain based on location lols. tapi dalam banyak banyak aku suka yang petrosains punya. rasa impress dia lain daripada yang lain hahaha




kalau yang ni pulak yang pesen acah comel sikek haha. tapi sumpah aku suka gilaaa yang chibi maruko chan. well aku memang minat karton tu. mak aku cakap aku suka tengok chibi maruko chan tu sebab perangai aku sama macam dia hahahaha. bila aku fikir fikir balik memang sama lah tu dengan aku. dia ada kakak sorang. aku pun kakak sorang. dia pemalas dan aku pun pemalas hahahahahaha k


kalau bab button button ni aku tak berapa gemar. so, boleh kira berapa banyak je button yang aku ada haha



 dalam kotak lagi satu tu penuh dengan barang barang Art&Design aku. kau nak guna boleh pilih je nak apa. cakap je nak buncho ke crayon ke pensel warna kayu ke marker colour ke package dengan brush dengan pallet. semua ada kau. manik manik ada, gunting corak le, puncher bunga bunga le, ribbon ribbon comel haih macam macam wehh ada. aku tak tau berapa banyak aku membazir untuk barang barang ni setiap tahun hahahaha



beg bungkus lipat lipat beruang ni berguna wehhh. dah le kalis air. senang dibawa ke mana mana. recommended sangat ni hahaha




dan last sekali most fav quote yang sis apply atas kertas yang tak pernah buat sis rasa give up. kecuali syaiton syaiton nirajim ni je yang selalu sangat buat sis rasa malassssssss sangat hahahaha




Thank you reading ! (◕‿-)


















































No comments:

Post a Comment

crossword